Sunday, April 1, 2012

||~Belajar di US~||
Xpernah terlintas kt fikiran aku untuk study kt sne….alhamdulillah..aku diberi peluang untuk merasa belajar di Negara orang…University Of Southern Indiana….nama university yang aku akan pergi…insyaAllah,aku akan buat yang terbaik demi masa depan ku….USI..!!Here I come…..



                                        Wait for me.....

Monday, November 14, 2011

Dear FIRDAUS …… sayang tak tahu apa yang patut sayang ucapkan pada abang …. Ucapan terima kasih bagi sayang masih belum cukup untuk mengungkapkan segala-segalanya …. Betapa sayang bersyukur memiliki abang sebagai pasangan hidup sayang kini …. Harapan sayang semoga hubungan kita berkekalan dan sentiasa diberkati oleh-NYA …. Sayang tak nak kehilangan abang dan sayang harap abang akan selamanya mencintai dan menyayangi sayang …. Jangan pernah berpaling dari cinta kita ye sayang … biar pun berkali-kali abang katakana abang takut kehilangan sayang tapi jauh di sudut hati sayang, sayang lebih takut kehilangan abang kerana sayang terlalu sayangkan abang …. Sayang tak sanggup kehilangan abang dalam hidup sayang … sayang tak boleh hidup tanpa abang …. I love u so muchhh ….

Thursday, November 3, 2011

Going to SEKINCHAN …!!!~~~ SEKINCHAN, I’m coming ……


Sekinchan ….?? Pertama kali aku dgr nama tmpat 2, dlm kpala aku trbayang sebuah tmpat yang cantik … ada sungai …. Bnyk pokok2 … tp, drpd cerita kawn2 aku, diowg sume ckp yg Sekinchan 2 terkenal dgn IKAN …. Hehehe … pelik an … nak kata tepi pantai cm umah aku, xde laaa … mne diowg dapt ikan 2 pown aku xthu …. Eeh … 2 bukan motif utama aku … act, aku x tahu bju apa patt aku bwak pegi umah nenek Firdaus esok ….  Cmaner reaksi kluarga dye biler tgk aku …. Cmner aku nak ssuaikn diri dgn kluarga 2 …. Mcm2 persoalan timbul dlm kepala aku …. Hurrmmm ….. I’m nervous …!! Sok aku teman bezfren aku ct smpai putra … makan mcd gn dye dulu ..lepak2 jap .. then, bwu aku smbg journey aku ke sekinchan … jalan nak g sne aku x reti pown .. tp, gasaklah … naek jew apa yang ada …. Klau salah, turun laah … hahaha ….  Okey laa … nak out .. cari baju nak bwak sok … TAtatattaa ….!!~~~

Wednesday, November 2, 2011

Firdaus ….. awak ke jodoh saya …? atau syukri …? Atau jodoh aku masih belum muncul dalam hidup aku …. Ya Allah ..!! Ya Tuhanku …. Aku memohon petunjuk darimu …. Jika dia yang engkau ciptakan buatku, berikanlah aku petunjuk …. Aku keliru Ya Allah ….. Kuatkanlah semangatku,Tuhan …. Firdaus sentiasa berada di sisiku dikala aku susah dan senang … Dia rela menjadi pendengar masalahku yang setia … aku ingin hidup dengannya …. Tapi …. Adakah Firdaus tercipta untukku ….?? Tuhhaaann … berikan aku petunjuk yang jelas untukku …. Syukri…?? Aku sendiri tak mengerti isi hatiku …. Ada kalanya, aku sgt mencintai syukri, tetapi firdaus …?? Aku buntu … siapa sebenarnya orang yang aku cintai kerana aku merasakan aku sangat menyangi kedua2nya … bukan kerana paras rupa .. bukan kerana harta benda … tetapi, aku menyangi mereka kerana mereka adalah mereka ….bila aku mengetahui firdaus ditimpa kecelakaan, hatiku resah … begitu juga dengan syukri … kedua2nya membuatkan hidup aku tidak tenteram … satu ketika dulu syukri pernah mengecewakan aku … dan di saat itu aku bertekad untuk melupakannya …. Sehingga saat ini, aku tidak mampu melupakannya .. firdaus juga begitu … dia pernah menduakan aku …. Sehingga aku mengetahuinya dr mulut permpuan itu sendiri … firdaus rela melepaskan permpuan 2 demi aku .. tapi, aku …? Apa yang mampu aku buat demi syukri dan firdaus …? Maafkan aku …. Aku tak mampu memilih diantara kedua2nya …… aku bukan yang terbaik ….. apa yang mampu aku katakan aku sangat mencintai …………… ??? aku KELIRU …



Disaat kali pertama aku bertemu firdaus …



Gambar pertama aku yang diedit oleh syukri …




izinkan aku menyepi seketika sayang .... T_T

izinkan aku menyepi seketika sayang .... T_T

Tuesday, November 1, 2011

Warkah buat bakal suamiku ….

Bakal Suamiku..
Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..

Bakal Suamiku..
Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..

Bakal Suamiku..
Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah, bukan sesuci Saidatina Aishah, bukan seteguh cinta kasih Zulaikha..

Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.. Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Bakal suamiku..
Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup aurat dengan sempurna, memelihara diriku, hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling..

Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? 

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. 
Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku bakal suamiku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Bakal suamiku..
Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…

Bakal Pembimbingku..
Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Rasulullah saw ialah contoh suami yang terbaik.
Aku tak mengharapkan kau sesempurna beliau. Sebaiknya, aku mengharapkan kau mengamalkan sunnah beliau sekadar yang kau termampu. Itu yang aku harapkan. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang aku tak pernah dapat dari orang lain sebelum ini. Yang aku dapat dari mereka hanyalah dusta semata-mata. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..

My Love..
indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Bakal Suamiku..
Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah dan di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..

“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci” ..
Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ’sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.

Bakal Suamiku..
Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..

Tuesday, July 26, 2011

                          :alasan tak tutup aurat:::

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”,

Thursday, July 21, 2011

___i LoVe U sO mUcH…!!!___=_=
Petang td cyg mkn kt secret recipe gn abg…waahh..!!sonok sgt taw cyg tyme 2…first tyme dpt kuar berdua gn abg…sblm2 niey kuar msti ade makhluk2 yg x dijemput…he3….lame sgt kn kiter stay kt c2 smbil borak2….hmpir 2 jam lebh…thu2 dah pkol 1605 da…abg kne balik opis…cyg lak kne balik ostel….urmm…cedeynyer…x nak pisah ag gn abg tyme 2..x puas borak gn abg taw…!!cyg cyg abg sgt3…..abg jgn tinggalkn cyg ag ea cm smlm….bwu bbrpa minit brpisah,kiter dah rindu kn…ntah pape je..cm budak2..tp,cyg x kesah mrindui abg…cyg bhagia…….Terima kasih,abg…..cyg sgt2 mencintai abg..tolong percayakn cyg..tolong jgn ragui lg kasih syg cyg untk abg…cyg x snggup berpisah gn abg….i love u very much…..