Thursday, July 7, 2011

Hari ni Hari JUMAAT lah ! Lupa ke ? -_-"

Salam A'laik.. Hari ni Hari Jumaat. Semua kaum lelaki diwajibkan ke masjid menunaikan Solat Jumaat. Tapi, 
mesti ada muka-muka yang kerap ponteng solat jumaat kan. Harrr.. Kepada kaum perempuan, ini ada tips 
yang hangpa boleh guna untuk tegur lelaki di sekeliling 
hangpa yang tak pergi sembahyang. Heheh..

1) Cakap dengan agak kuat, “Aku teringinlah nak merasa nikmatnya sembahyang Jumaat. Kalaulah aku jadi 
lelaki, akan aku manfaatkannya.

2) Buka surat khabar, berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika 
makan di kedai mamak sewaktu orang sedang Sembahyang Jumaat?”.

3) Jika bersama adik lelaki yang masih kecil, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang Jumaat, 
pura-pura memujuk adik anda dengan mengatakan “Adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar mesti ayah 
bawak adik ikut ayah pergi sembahyang jumaat tu”.

4) Pergi kat lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, "Sebenarnya hari ni hari apa? Nampak macam bukan 
Hari Jumaat je. Saya silap tengok kalendar ke?”.

5) Pura-pura cakap kat kawan sebelah, “Eh, aku kan, suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, 
nampak cool. Memang calon suami idaman la".

6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “Eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”.

7) Kalau anda jenis berani, pura-pura mengumpat dengan kawan anda, “Eh kau tau, si Polan tu liat betul 
nak sembahyang Jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa tau”.

8 ) Kalau korang jenis yang berani mati, tegur direct je, “Abang dah masuk waktu ni. Abang tak pergi 
sembahyang Jumaat ke?”.

Amacam kaum perempuan? Ada brani? Haha.. Jangan amek serius sangat. Sekadar suka-suka. Tapi kalau nak praktikkan, apa salahnya. Heheh..

1 comment: